Tuesday, November 3, 2009

Siti & Suffian

Pengantin: Siti & Suffian
Tempat: Selayang
Event: Majlis Bertandang
Tarikh: 31 Oktober 2009

Tuesday, October 20, 2009

Birthday Party

Birthday Party
Yasmin Damia & Raihanna Damia
10 October 2009




Friday, September 18, 2009

Syawal menjelma



Colourliciousphotography mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Berhati-hati semasa pulang ke kampung
Ingatlah orang tersayang :-)
semoga Hari Raya anda sentiasa diberkati

Tuesday, August 11, 2009

Azman & Azleyani

Pengantin: Azman & Azleyani
Tempat: Paroi Jaya, Seremban
Event: Majlis Bertandang
Tarikh: 9 Ogos 2009






Sunday, August 9, 2009

ukiran inai

Sedang google-menggoogle, tetibe terjumpa article ni. yang kami rase dapat membantu bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bila-bila masa dan dimana juga. Kadang2 isu ini boleh menjadi satu isu yang besar dikalangan keluarga. boleh..xboleh..boleh.. haih..yang nak kawen makin naik pening kepala.

harap dengan article ini dapat membantu bakal pengantin semua membuat keputusan. tapi ikutlah pendapat masing2 juga. kalau rasa nak buat, buat and kalau rase ini sume meremehkan dan memeningkan kepala, inai jari suda..hehe.thanks for the article (lupe suda link blog tu..sorry..)

:: PEMBETULAN SALAHFAHAM KENYATAAN MUFTI PERLIS ::


Telah berlaku kesilapan faham kenyataan saya oleh sesetengah pihak berhubung dengan penggunaan inai sebagai lukisan diri wanita terutama semasa perkahwinan dan selainnya. Di sini saya jelaskan seperti berikut;

1. Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.


2. Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”. Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.

3. Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat. Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).

4. Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.


Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

18 Feb 2008, Kangar.

Monday, July 27, 2009

Syairuz & Haida

Pengantin: Syairuz & Haida
Tempat: Jalan Bahagia, Temerloh
Event: Majlis Akad Nikah & Persandingan
Tarikh: 24-25 Julai 2009



Monday, July 20, 2009

Mad & Tina

Pengantin: Mad & Tina, Fazrul & Nisa'
Tempat: Bandar Baru Bangi
Event: Majlis Persandingan
Tarikh: 19 Julai 2009





Monday, July 13, 2009

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

untuk mengisi selingan, daripada tengok gambar2 pengantin je, jom kite tambah sket info2 yang berguna untuk pengunjung2 blog kami.
fikir-fikirkan..selamat beramal ;-)

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

sumber: majalah Pesona Pengantin
Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Saturday, July 11, 2009

Mas & Sham

Pengantin: Mas & Sham
Tempat: Kajang
Event: Majlis Persandingan
Tarikh: 5 Julai 2009



Thursday, July 9, 2009

Mas & Sham

Pengantin: Mas & Sham
Tempat: Kajang
Event: Studio
Tarikh: 5 Julai 2009



Wednesday, July 8, 2009

Jamil & Raudah

Pengantin: Jamil & Raudah
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Event: Majlis Akad Nikah-Outdoor
Tarikh: 4 Julai 2009







Tuesday, July 7, 2009

Jamil & Raudah

Pengantin: Jamil & Raudah
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Event: Majlis Akad Nikah
Tarikh: 4 Julai 2009








Sunday, June 21, 2009

Yasser & Wani-Kajang

Pengantin: Yasser & Wani
Tempat: Dewan Serbaguna Kajang
Event: Majlis Persandingan
Tarikh: 21 June 2009







Saturday, June 20, 2009

Yasser & Wani

Pengantin: Yasser & Wani
Tempat: Kajang
Event: Majlis Akad Nikah
Tarikh: 20 June 2009





Sazli & Suraya

Pengantin: Sazli & Suraya
Tempat: Felda Village Kuala Lumpur
Event: Majlis Akad Nikah
Tarikh: 19 June 2009












Wednesday, June 10, 2009

Pakej

Tempahan untuk 2010 kini dibuka.

PACKAGE 1: TUNANG/NIKAH/EVENT
RM699
- 1 DAY event
- 1 photographer
- Unlimited shoot of images
- 1 Sticky Album (120 pcs x 4R, 5 pcs 8R)
- Master images on DVD
- Outdoor session after event

PACKAGE 2: BERSANDING/BERTANDANG
RM899
- 1 DAY event
- 1 Photographer
- Unlimited shoot of images
- 1 Custom album (20 pages of photo layout in 8x12 inch print)
- Master Images on DVD
- Outdoor session after event

PACKAGE 3: NIKAH + BERSANDING
RM1199
- 1 DAY event
- 2 photographers
- Unlimited shoot of images
- 1 Custom Album (20 pages of photo layout in 8x12 inch print)
- 1 frame with 10x16 photo print
- Master images on DVD
- Outdoor session after event

PACKAGE 4: NIKAH + BERSANDING
RM1399
- 2 DAYS event
- 2 photographers
- Unlimited shoot of images
- 1 Custom Album (20 pages of photo layout in 8x12 inch print)
- 1 frame with 16x20 canvas photo print
- Master images on DVD
- Outdoor session after event

PACKAGE 5: NIKAH + BERSANDING + BERTANDANG
RM1999

- 2 photographers
- Unlimited shoot of images
- 2 Custom Album (20 pages of photo layout in 8x12 inch print)
- 1 Sticky Album (120 pcs x 4R)
- 1 frame with 16x20 canvas photo print
- Master images on DVD
- Outdoor session after event


Terms & Condition:

- Harga pakej tidak termasuk pengangkutan & penginapan.
- Caj pengangkutan & penginapan akan dikenakan bagi kawasan luar Lembah Klang.
- Bayaran deposit sebanyak 40% semasa tempahan, 40% selepas majlis dan 20% semasa penghantaran.
- Deposit tidak akan dipulangkan jika pembatalan dibuat.